Saturday, June 18, 2011

CTU151 : Perkembangan Tamadun Islam di Sepanyol dan Eropah pada masa kini

TAJUK:
Perkembangan Tamadun Islam

di Sepanyol dan Eropah pada masa kini.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustazah Munirah Binti Kasim
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH:

Mas Hafiyka Binti Mohd Halim : 2010849396
Nur Syuhaidah Binti Zulkipli : 2010241562

Saffura Binti Alias : 2010277724

KUMPULAN:

ACD2Ca


PROGRAM:
Diploma Perakaunan
(AC110)

TARIKH HANTAR:

21 Februari 2011

=================================
ISI KANDUNGAN
=================================

Perkembangan Tamadun Islam di Sepanyol dan Eropah

ISI KANDUNGAN

  1. Abstrak
  2. Pendahuluan
  3. Perkembangan Tamadun Islam di Sepanyol dan Eropah

· Pemakaian Hijab

· Pemelukan Islam semakin bertambah

· Pembinaan Masjib di Barat semakin bertambah

  1. Penutup
  2. Bibliografi

=================================
ABSTRAK
=================================

Perkembangan Tamadun Islam di Sepanyol dan Eropah pada masa kini

Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

Kehidupan wanita Islam pada kini semakin baik dalam bidang politik, sosial, ekonomi, pekerjaan, hak asasi dan sebagainya. Wanita semakin berjaya, berani dan mampu bersuara demi memperjuang dan mempertahankan haknya. Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita.

Dalam kajian mengatakan di London, sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.

Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamfobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain baru-baru ini. Sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru.

Sesungguhnya Tamadun Islam merupakan tamadun yang teragung dan terunggul di dunia. Keagungannya kerana asasnya yang kukuh iaitu akidah, syarak dan akhlak. Sumbernya pula begitu mantap, iaitu al-Quran, al-sunnah, ijtihad dan ijmak. Lantas pembangunan yang dibawanya merangkumi dua unsure utama iaitu keduniaan dan kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan.

=================================
PENDAHULUAN
=================================


Perkembangan Tamadun Islam di Sepanyol dan Eropah pada masa kini


Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization. Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun. Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani. Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu ‘d’ terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini. Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu “madani” sebagai tambahan kepada terminologi “tamadun”. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.


=================================

HURAIAN

=================================

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

DI SEPANYOL DAN EROPAH PADA MASA KINI

Pemakaian hijab

Kehidupan wanita Islam pada kini semakin baik dalam bidang politik, sosial, ekonomi, pekerjaan, hak asasi dan sebagainya. Wanita semakin berjaya, berani dan mampu bersuara demi memperjuang dan mempertahankan haknya. Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama iaitu berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Selepas kedatangan Islam, kedudukan dan martabat wanita dipelihara dengan mengambil hikmah kewajipan berhijab iaitu menjaga kesucian, maruah dan memelihara moral masyarakat.Pakaian merupakan lambang maruah dan kehormatan wanita. Namun apa yang terjadi sekarang kita boleh lihat berlakunya penindasan terhadap golongan wanita Islam dari segi sudut etika pakaian, lebih-lebih lagi mereka yang merupakan kelompok minoriti di sesebuah negara. Di dunia ini kita boleh lihat senario yang berlaku kepada wanita Islam yang berhijab. Iaitu ada di antara mereka yang ditindas, dipuji, dilabel sebagai pengganas dan sebagainya. Ada setengah pendapat menyatakan bahawa wanita yang berhijab ini sangat kesian, bukan wanita Islam sahaja malah golongan sister di dalam gereja juga digolongkan sebagai manusia yang kasihan dengan memakai kerudung di kepala.

Penindasan ke atas wanita hijab ini sering berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis, Jerman, Sweden, Norway, Belgium dan Turki. Kita boleh lihat contoh yang berlaku kepada dua orang pelajar wanita Islam di Perancis pada tahun 1989, di mana mereka telah dibuang sekolah disebabkan hanya memakai hijab. Selain pengharaman pemakaian hijab di sekolah, pengharaman turut berlaku di pejabat, dalam gambar passport, dan di tempat-tempat awam.


Selepas kejadian 1989, masyarakat digemparkan juga dengan pengharaman pemakaian tudung kepada pelajar siswi Islam di sekolah dan institusi pendidikan tinggi pada tahun 2004 di Perancis. Tindakan Perancis itu telah menggemparkan dunia, terutamanya melanggar hak asasi manusia lebih-lebih lagi wanita apabila mengharamkan penuntut wanita Islam untuk berhijab atau menutup aurat ke sekolah dan institusi pengajian. Jika kita amati secara terperinci, jelaslah bahawa Barat sebenarnya takut dengan Islam itu sendiri dan sebenarnya mereka menyatakan semua agama bebas beragama, namun pada sudut lain mereka melarang pemakaian hijab yang merupakan kewajipan ke atas muslimah.

Penindasan ke atas golongan wanita bertudung ini bukan sahaja berlaku di Perancis, malah turut berlaku di Jerman di mana kerajaan Jerman juga mengharamkan pemakaian tudung kepada wanita Islam . Penindasan ini berterusan dan berlaku kepada Shabina Begum pada tahun 2005. Shabina Begum merupakan pelajar Denbigh, London yang dilarang ke sekolah setelah mempertahankan jilbabnya. Namun apa yang kita boleh contohi ialah kegigihannya mempertahankan Islam dengan membawa isu ini ke mahkamah dan akhirnya kemenangan berpihak kepadanya. Sejak itu bermulalah episod baru kepada wanita Islam di United Kingdom, di mana pengharaman tudung ditarik balik di sekolah-sekolah.

Negara Turki juga tidak terlepas dalam melaksanakan dasar sekularisme ini di negaranya. Sejarah menyaksikan kejatuhan empayar Turki Islamiyah pada tahun 1924 menyebabkan Islam ditindas dan mengalami kejatuhan yang teruk.

Menurut Adi Ngah Putra (Aniqah, Mar 2008), “ Pemerintahan Mustafa Kamal Attartuk yang mengubah corak Islamiyah kepada sistem sekular menyebabkan berlakunya perubahan kepada negara tersebut. Kamal Attartuk menafikan hak majoriti Islam malah melindungi pula hak kaum minoriti yang beragama Kristian dan Yahudi menerusi perjanjian antarabangsa. Pemimpin sekular itu telah mengharamkan pakaian kebangsaan bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam), tulisan arab ditukar ke bahasa Latin, azan ditukar kepada bahasa Turki dan pengharaman pemakaian hijab di kalangan anak-anak gadis yang pergi ke sekolah agama. Pada tahun 1980, mahasiswa yang belajar di universiti diharamkan memakai hijab dan bagi siswa berjanggut tidak diberi tempat untuk belajar”.

Turki adalah negara yang didiami 99 peratus rakyat beragama Islam, namun terikat kepada sistem sekular diasaskan Mustapha Kamal Attartuk yang masih lagi menebal. Bahkan, jelas dalam Perlembagaan Turki menyatakan ciri secular negaranya.Akhirnya sinaran cahaya baru kembali setelah lebih kurang 83 tahun rohani wanita Islam di Turki terseksa oleh peraturan zalim manusia yang berpegang pada sekularisme. Pada bulan Februari 2008, sejarah permulaan pemulihan semula Islam di Turki telah tercatat apabila media massa melaporkan bahawa parlimen negara itu telah meluluskan pindaan perlembagaan yang menarik balik perintah pengharaman ke atas pemakaian hijab di universiti. Dengan penarikan pengharaman itu, maka gadis-gadis siswi kini akan dapat balik ke pusat pengajian tinggi dan menyambung pelajaran mereka. Sesungguhnya ini adalah disebabkan kesabaran mereka di samping tidak jemu memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya apabila melihat situasi ini, kita sangat bersyukur kerana akhirnya Islam itu mulai bersinar di sana. Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil ikhtibar daripada isu ini.

Apabila melihat isu wanita berhijab ini, mereka seringkali dikaitkan dengan keganasan. Barat seringkali dengan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu tanpa hujah dan hanya berlandaskan emosi dan hawa nafsu. Kita boleh lihat juga contoh yang lain di mana Barat menggelarkan Islam sebagai terroris sedangkan Islam menganjurkan umatnya keamanan dan kasih sayang. Tudung bukan simbol penindasan kepada wanita. Walaupun dari segi rasionalnya, pemakaian tudung melambangkan nilai kemuliaan dan kehormatan, Islam memandang dan meletakkan nilai tudung lebih daripada yang disarankan oleh agama lain.

Ini kerana tudung dalam konteks Islam telah terkandung di dalam al-Quran dan pemakaiannya bukan sekadar sebagai hiasan kepala.Apa yang boleh kita perhatikan ialah mereka yang memakai hijab ini dikurniakan hidayah Allah dan bagaimana mungkin mereka boleh bertindak di luat batasan. Namun tidak dinafikan bahawa wanita berhijab ini juga seringkali memaparkan akhlak yang kurang menyenangkan. Ini adalah cabaran kepada mereka yang berhijab.

Pemelukan Islam Semakin Bertambah

Dalam kajian mengatakan di London, sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru. Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan. Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent. Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun. Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain. Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun. Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000.

Pembinaan Masjid di Barat semakin bertambah

Benua Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamfobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain baru-baru ini. Sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini.

Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekaligus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka. Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti.

Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja petunjuk keyakinan baru ke atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.

Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.

Di sekitar Eropah, Islam yang juga agama paling pesat berkembang, semakin ketara dan jelas kewujudannya berbanding satu ketika dulu apabila ia diamalkan secara senyap-senyap. Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya, tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat. Dalam apa dirujuk sebagai lambang integrasi Muslim, fenomena kemunculan ketara Islam ini turut dilihat sebagai bukti yang dunia Islam jelas mengancam budaya Kristian Eropah.

Kenyataan Claus Leggewie , pakar Sains Politik Universiti Giessen, Jerman tentang masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka yang sebenarnya itu berdasarkan kajiannya mengenai evolusi landskap dan binaan masjid di Jerman.

“Menerusi projek pembinaan masjid yang besar sedemikian, mesej yang mahu disampaikan (umat Islam) adalah kami di sini. Kami mahu menjadi sebahagian landskap simbolik Jerman. Kami ada di sini dan akan terus kekal di Jerman,” kata Leggewie.


Pembinaan masjid besar dari Cologne, Jerman sehingga ke Amsterdam (Belanda) dan Seville, Sepanyol, berdepan bantahan keras penduduk dan pemimpin tempatan yang mendakwa ia lubuk menghasilkan pengganas. Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan umat Islam yang meragui pembinaan masjid itu. Ini dibuktikan dengan kenyataan ahli keluarga dua suspek keganasan di Glasgow, Scotland yang mendakwa suspek itu dilatih menjadi radikal oleh kumpulan pendakwah Tablighi Jamaat (Jemaah Tabligh) kumpulan sama yang sedang hebat memperjuangkan hak bagi pembinaan kompleks Masjid Besar London di tanah seluas 18 ekar. Malah, pembinaannya berhampiran stadium Olimpik 2012, juga bakal mencatat sejarah sebagai masjid terbesar Eropah.

Kewujudan bangunan seumpamanya jelas berbeza daripada ruang bawah tanah gelap dan kecil yang menjadi tempat jemaah seperti Halif Kuzpinar menunaikan solat Jumaat, sejak 33 tahun lalu selepas dia berhijrah dari Turki ke kawasan di Frankfurt, Jerman. Siapa sangka, pergerakan Islam yang dianggotainya itu dapat membeli sebuah pasar raya di penempatan bandar Wiesbaden, di tengah Jerman.

“Di sini ada tempat letak kereta, pusat kanak-kanak dan untuk golongan belia. Kami mahu mewujudkan pusat setempat bagi membolehkan orang ramai melihat apa yang sebenarnya kami lakukan di sini,” kata Kuzpinar.

Berikutan kewujudan tempatnya sendiri, Mili Gorus sebuah pertubuhan hak asasi Islam Turki yang dipantau kerajaan Jerman, mahu memiliki sesuatu yang tidak pernah dikecapinya iaitu pengiktirafan rakyat di negara yang sudah menjadi tanah air mereka.

Namun, usaha murni itu berdepan bantahan keras. “Ia sepatutnya dijual sebagai sebuah pasar raya, bukannya masjid,” kata Wolfgang Kopp, pemilik pangsapuri di seberang premis itu.

Beliau bersama jiran lain, berjaya menghalang usaha menjadikan bangunan pasar raya itu kepada masjid, tetapi hanya untuk sementara waktu. Ini disebabkan, Perlembagaan Jerman jelas menyatakan semua agama boleh memiliki tempat ibadatnya sendiri. Sejak menjejakkan kaki di Jerman, golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang menjadi tanah air mereka.

Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman.

Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9 peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan masjid besar.

“Ia petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat,” kata Datuk Bandarnya, Jurgen Linden.

Kata-katanya terbukti benar apabila Islam yang ingin ditonjolkan sebagai agama pengganas, sebaliknya semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota masyarakat รข€“ tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit.

Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di bumi Eropah.

Gambar-gambar masjid di sekitar eropah :-

Masjid Di England

Masjid Di Jerman

Masjid Di Sepanyol Masjid Di Greece

Masjid Di Sweden Masjid Di Findland

Masjid Di Scotland Masjid Di Portugal

Masjid Di Russia

Akan tetapi, air yang disangkakan tenang, jangan ingat tiada buaya. Suasana yang biasa dilihat di beberapa negara Eropah barat namun baru bagi Poland, berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menentang pembinaan masjid di pinggir Warsaw hujung minggu lalu. Rancangan komuniti kecil Islam di Poland untuk membina tempat ibadat dan pusat kebudayaan Islam menerima penentangan daripada pihak yang bimbang Islam mungkin tersebar ke negara Kesatuan Eropah (EU) yang kuat berpegang dengan mazhab Kristian Katolik ini.

Antara 15,000 hingga 30,000 Muslim yang kebanyakan adalah pendatang dari Chechnya, tinggal di Poland - negara bekas komunis terbesar di dalam EU yang mana 90 peratus daripada 38 juta penduduknya adalah penganut Katolik. Kira-kira 150 orang mengadakan tunjuk perasaan di bangunan masjid separuh siap, 30 minit dari pusat bandar di mana Liga Muslim, pertubuhan agama yang ditubuhkan pada 2004 mahu masjid kelima dibenarkan kerajaan dibina.

Sebagai contoh, "Pusat berkenaan sangat berpotensi besar untuk mewujudkan golongan radikal," kata seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya disiarkan.
Dia turut membawa sepanduk yang menggambarkan menara masjid sebagai peluru berpandu, gambaran serupa dengan imej yang digunakan dalam pungutan suara Sweden semasa rakyat memutuskan untuk mengharamkan pembinaan menara tahun lalu. Beberapa yang lain melaungkan "Jangan ulangi kesilapan Eropah' dan 'Toleransi membuta-tuli membunuh penilaian akal' selain mendesak negara Islam menghormati hak asasi wanita dan kebebasan beragama.
"Lihat apa yang berlaku di Eropah, saya tidak mahu anak perempuan saya memakai purdah di masa akan datang," kata seorang penunjuk perasaan.

Jawatankuasa Parlimen Belgium minggu ini sebulat suara mengharamkan pemakaian burqa dan niqab yang menutup seluruh muka di tempat awam. Kebelakangan ini banyak aduan mengenai kemasukan pendatang beragama Islam ke negara-negara Eropah barat seterusnya menjadikan Islam sebagai agama kedua terbesar di benua ini.
Kira-kira 15 hingga 18 juta penduduk Eropah terdiri dari umat Islam, yang mana satu pertiga di Perancis.

=================================
PENUTUP
=================================

Sesungguhnya Tamadun Islam merupakan tamadun yang teragung dan terunggul di dunia. Keagungannya kerana asasnya yang kukuh iaitu akidah, syarak dan akhlak. Sumbernya pula begitu mantap, iaitu al-Quran, al-sunnah, ijtihad dan ijmak. Lantas pembangunan yang dibawanya merangkumi dua unsure utama iaitu keduniaan dan kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan. Adunan dari dua unsur ini bertanggungjawab menyempurnakan fitrah semulajadi manusia yang terdiri daripada dua unsure utama, iaitu jasmani yang sentiasa rindukan kebendaan dan kelazatan dan rohani yang rindukan ketuhanan dan kebenaran.

Pembentukan masyarakat yang diperjuangkan oleh Tamadun Islam meliputi segala hal daripada hal individu, keluarga, jiran dan masyarakat pada keseluruhannya. Akhlak yang mulia diutamakan kerana ia tanggungjawab membawa perpaduan, pemuafakatan, keamanan, kesejahteraan dan umat Islam yang berdisiplin.

Tamadun Islam bermatlamatkan untuk menjamin keselamatan nyawa, akal, tubuh harta dan keturunan kea rah pencapaian kebahagiaanyang membawa keadilan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

=================================

BIBLIOGRAFI

=================================

  1. http://greenboc.blogspot.com/2010/12/bergambar-islam-semakin-bersinar-di.html

  1. http://hakimiwellington.wordpress.com/2009/08/19/hijab-memelihara-wanita/

  1. http://greenboc.blogspot.com/2010/12/bergambar-islam-semakin-bersinar-di.html

  1. http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-199886.html

  1. http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=136496